23 December 2009

[2009 WAYANGSTER Best Movies]


2009 bakal melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang.. banyak filem2 yang bagus telah kita tonton di pawagam (atau download..haha).. untuk menutup tahun 2009 yang penuh dengan ___________ (isi tempat kosong dengan jawapan anda sendiri) ini, WAYANGSTER akan membuat kesimpulan filem terbaik tahun ini mengikut genre.. ranking ini adalah berdasarkan penilaian sendiri dan tiada pihak2 profesional seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie mahupun Farid Kamil yang terlibat.. sila senaraikan Filem Terbaik anda jika tidak berpuas hati dengan ranking ini.. Terima Kaseh..

Best Fantasy/Sci Fi Film

AVATAR [4.3/5.0]


Directed/Written/Prodeced : James Cameron
Starring : Sam Worthington
Michelle Rodriguez
Stephen Lang
Zoe Saldana
Running Time : 161 minutes


Dari pengarah yang membuatkan anda menangis dengan filem Titanic, James Cameron kembali dengan sebuah cerita fantasi dan juga sci-fi iaitu avatar.. ramai yang keliru tajuk cerita ni yang sama dengan tajuk animasi Avatar:the last Airbender..ianya bukanlah adaptasi dari animasi tersebut.. 100% lain.. walaupun animasi ini akan dibawa ke pawagam, tetapi tidak menggunakan nama avatar sebaliknya hanya dengan nama The Last Airbender..


mengisahkan pada tahun 2154 peperangan di Pandora melibatkan manusia dan juga penduduk asli Pandora yang dikenali dengan Na'vi..Avatar adalah merujuk kepada manusia yang telah di ubah secara ginetik untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan Na'vi ni..oh yaa.. mereka berebutkn sumber yg berharga iaitu unobtanium. CGI citer ni mmg superb.. kalo tgk 3D lagi berkesan efek2 die.. cerita agak panjang tapi x membosankan.. enjoy segala yang ada kat filem ni.. persekitaran, jalan citer, sound efek.. pergghhh.. dasat..

Best Thriller/Horror Film

JENNIFER'S BODY [4.0/5.0]


Directed by: Karyn Kusama
Produced by: Daniel Dubiecki
Mason Novick
Jason Reitman
Written by: Diablo Cody
Starring: Megan Fox
Amanda Seyfried
Adam Brody
Johnny Simpsons


ahhhh.. xkeysa la korang nak cakap ape.. yang penting pada pendapat aku cerita ni memang terbaekk..(selain drp Megan Fox yg hot) jalan cerita dia memang menarik.. sekumpulan band rock membuat perjanjian dengan setan untuk jadik feymes dengan mempertaruhkan seorang virgin sebagai korban.. gadis yang dianggap virgin itu (sebenarnya tidak) akhirnya dirasuk setan dan mengganas di sekitar kolej.. adegan2 darah yang ngeri memenuhi cerita ini.. untuk dapatkan feel sila cari DVD original tang tidak dipotong yer (ade ke?) kerana di pawagam terlampau banyak aksi2 ganas (dan x seberapa ganas..hehe) di potong.. potonggg potonng potongg..

Best Animation/Cartoon Film

UP [4.0/5.0]


Directed by: Pete Docter
Produced by: Jonas Rivera
Starring: Edward Asner
Christopher Plummer
Jordan Nagai
Running time: 96 minutes


sebuah kartun yang jujur.. jln cerita yang mudah dan animasi yang bersih dan kemas.. mengisahkn seorang atuk yg ingin terbang di awan biru untuk mnunaikn cita2 dia bersama isterinya.. tetapi seorang budak pengakap yang kebetulan berada dirumahnya turut mengikuti pengembaraan atuk tadi dengan rumah belon nya.. menonjolkan karektor2 yang comel seperti russell, Dug si anjing bercakap, dan Kevin seekor burung besar yang secara tidak langsung menjadi watak yang penting dalam cerita UP ni..

Best Action/Adventure Film

G.I. Joe : The Rise Of Cobra [4.5/5.0]


Directed by: Stephen Sommers
Starring: Channing Tatum
Marlon Wayans
Rachel Nicols
Sienna Miller
Running time: 118 minutes



diadaptasi dari siri kartun yang feynes satu ketika dahulu dengan tajuk yang sama G.I Joe.. segala aksi yang ada dalam cerita ini sangat menghiburkan.. tiada satu aksi pun yang bosan.. paling best tu time duke ngn ripcord berlari mengejar kete penjenayah.. memang layan gilerr arr.. kalo ader suit camtu mmg best wooo.. so citernye macam biase org jahat beperang ngn org baik and last skali org baik menang.. hehehe..

Best Malaysian Film

PAPADOM [4.6/5.0]


Directed/Written by: Afdlin Shauki
Starring : Afdlin Shauki
Liyana Jasmay
Noorkhiriah
Que Haidar
Vanidah Imran

Lawak yang bermasej.. itu jer yang boleh di katakan tentang filem ini.. mengisahkan kehidupan bapa tunggal (xtunggal sgt laa sbb sentiasa ada antu bini dia..hehe) menjaga anak perempuan nya dari sekolah hingga ke universiti.. afdlin shauki memang terbaek laa.. lawak yang bersahaja.. paling lawak sekali pada aku ialah ketika afdlin shauki kene temuramah dengan harun salim bachik untuk post tukang kebun.. adoiiiii... lawak gilerssss.. berani aku katakan ramai gak yang menitiskan airmata tgk cerita nih.. btol x? Afdlin.. you go brooo..



THATS ALL FOLKS.
THANKS FOR READING AND COMMENT.

ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

4 comments:

  1. You're one of the very few people who liked Jennifer's Body. Most people hated it, because they didn't understand it. :)

    ReplyDelete
  2. TMBF:haha.. yeah you're so true.. there are some sort of 'art' in this movie.. not many peoples can appreciate it..

    peace bro.. hehe

    ReplyDelete
  3. megan fox a part of art rite??

    ReplyDelete
  4. Um, I wouldn't call it art. More like it touches on an insight that most people didn't get. Check out this review:

    http://io9.com/5362306/everybody-wants-pieces-of-jennifers-body

    ReplyDelete