29 December 2009

[Tim Burton's Alice in Wonderland]



Directed By: Tim Burton
Produced By: Richard D. Zanuck, Joe Roth, Suzanne Todd, Jennifer Todd
Written By: Linda Woolverton, Lewis Carroll (Novel)
Starring:Johnny Depp, Anne Hathaway, Helena Bonham Carter, Crispin Glover, Mia Wasikowska
Release Date: 4 March 2010


dari pengarah yang membawakan anda kisah nightmare before christmas, beetlejuice dan edward scissorshand, beliau kali ini mengarahkan sebuah kisah epik Alice in Wonderland dengan gaya tersendiri.. seperti yang anda jangka filem2 tim burton sangat terkenal dengan tema2 gothic dan filem ini pun x terlepas dari tema tersebut..beliau berjaya membawa dimensi baru kepada kisah dongeng popular ini.. melihat pada poster2 teaser filem ni pon dapat tgk watak2 filem ini xseperti kisah2 dongeng yang pernah kita tengok.. typical Tim Burton.. hehe


jalan cerita pon beliau telah ubah sikit dimana kali ni alice sudah pon berumur 17 tahun ketika itu telah melarikan diri apabila mendapat tau yang dia akan dikahwinkan.. dia lari ikut white rabbit hingga sampai ke wonderland, tempat yang dia pernah datang 10 thn dahulu tapi dia x ingat langsung dia pernah masuk ke wonderland dulu.. wonderland ketika ini mengalami pergolakkan kuasa dimana menyaksikan alice terpaksa membantu white queen dan makhluk2 dalam wonderland tu untuk menyingkirkan red queen dari takhta wonderland.. menarik?? memang menarik sebab filem ini adalah the most awaited movie in 2010.. sama2 kita nantikan..


COMING SOON BEBEH..
THANX FOR READING..

ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

27 December 2009

[SHERLOCK HOLMES]



Directed By: Guy Ritchie
Produced By: Joel Silver, Lionel Wigram, Susan Downey, Dan Lin
Written By: Micheal Robert Johnson, Anthony Peckham, Simon Kinberg (screenplay), Lionel wigram (story), Sir Arthur Conan Doyle (Character)
Starring: Robert Downey Jr, Jude Law, Rachel McAdams, Mark Strong
Running Time:128 minutes
My Rating: 4.7/5.0

mereka ketika di kubur. nak tgk mayat Lord Blackwood

diambil dari karakter popular hasil nukilan Sir Arthur Conan Doyle, mengisahkan seorang detektif handal yang menggunakan kepakaran mentafsir beliau untuk menyelesaikan kes jenayah. dalam filem ini, watak jahat, Lord Henry Blackwood telah disabitkan hukuman gantung smpai mati apabila didapati bersalah mengamalkan sihir (pada pndapat aku Kabbalah kot) misteri bermula apabila Lord Blackwood didapati hidup semula dan membuat perancangan teliti untuk mengawal dunia. Sherlock Holmes dan kawan baiknya, Dr Wilson menyiasat misteri ini sambil dibantu (atau dikacau) oleh Irene Adler, bekas awek sherlock holmes yang juga merupakan seorang yang licik.

Lord Blackwood ketika menemui Holmes sebelum "kematiannya"

pendapat peribadi aku tentang filem ini adalah sangat menyeronokkan. pengembaraan yang dialami oleh holmes membuatkn kita berangan ingin jadi seperti beliau. gabungan ilmu sains yang tidak tercapai oleh akal telah diterangkan didalam cerita ini. contohnya bagaimana Lord Blackwood boleh hidup semula sedangkan telah digantung, misteri pistol yang membakar tuannya dan banyak lagi misteri2 yang diselesaikan holmes. pada permulaan cerita menunjukkan holmes dengan pantas menyamar sebagai peminta sedekah. sangat menarik bagaimana dalam split second (okla dalam beberapa minit la) beliau berubah menjadi pengemis yang begitu selekeh. Filem Sherlock Holmes ni termasuk dalam senarai MUST SEE untuk thun ini. cayalahh!


TERIMA KASEH,
TILL NEXT TIME,

ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

24 December 2009

[PARANORMAL ACTIVITIES : What Happen When You Sleep? Dont See It Alone]


Directed By : Oren Peli
Produced By : Steven Scheneider & Jason Blum
Written By : Oren Peli
Starring : Katie Featherston, Micah Sloat
Running Time : 86 minutes


wahh agak seram gk laa tengok poster ni.. berdiri segala2 bulu badan aku nihh.. haha.. korang rasa ape yang diorang ni nampak kt pintu tuh? mungkinkah susuk2 momok berlegar2 disitu, mungkinkah toyol berlari2 dengan comelnya atau mungkin mereka nampak Bung Mokhtar bdating dgn Zizie Ezzete.. kahkahkah..sangat mengerikan bukan? lariiikkksss...

ok2.. sebenarnya cerita ni dah wujud pd thn 2007..tp thun 2009 baru nk masuk panggung secara berleluasa..(kat Malaysia ditayangkan pd 7 January 2010) menurut sumber wikipedia memetik, filem ini hanya menggunakan budget sebanyak $15000 sahaja.. tetapi memeranjatkan sebab revenue die mencecah $141,514,315.. giloo banyakkkk.. (maaf jika info ini tidak tepat) ini menunjukkan filem ini ada kekuatannya..


cerita bermula apabila pasangan kekasih yg nk engaged menceritakan kepada laki nye yang dari kecik lagi die diekori oleh entiti sehingga la sekarang.. laki die pasang camera di bilik tdo ntuk tgk sebarang bende2 yang diluar tabii (erkk jgn pikir yg luar tabii lagi satu tu yer..hehe) dalam rakaman tu macam2 bende pelik diorg tgk.. brg2 gerak sndiri, lampu n tv bukak sendiri, ade sore garau2.. pling mngejutkan die nmpk bini die bgn and tenung jer alki dia time tdo.. seramm wooooo..kemudian mereka cuba untuk mnghilangkan antu ini.. kesudahan cerita ni agak ngeri so untuk lebih efek.. moh kite tgk kt pwagam2 yang berhampiran yerrr..


SERAM LA AKU
SEKIAN,THANX

ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

23 December 2009

[2009 WAYANGSTER Best Movies]


2009 bakal melabuhkan tirainya kurang seminggu dari sekarang.. banyak filem2 yang bagus telah kita tonton di pawagam (atau download..haha).. untuk menutup tahun 2009 yang penuh dengan ___________ (isi tempat kosong dengan jawapan anda sendiri) ini, WAYANGSTER akan membuat kesimpulan filem terbaik tahun ini mengikut genre.. ranking ini adalah berdasarkan penilaian sendiri dan tiada pihak2 profesional seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie mahupun Farid Kamil yang terlibat.. sila senaraikan Filem Terbaik anda jika tidak berpuas hati dengan ranking ini.. Terima Kaseh..

Best Fantasy/Sci Fi Film

AVATAR [4.3/5.0]


Directed/Written/Prodeced : James Cameron
Starring : Sam Worthington
Michelle Rodriguez
Stephen Lang
Zoe Saldana
Running Time : 161 minutes


Dari pengarah yang membuatkan anda menangis dengan filem Titanic, James Cameron kembali dengan sebuah cerita fantasi dan juga sci-fi iaitu avatar.. ramai yang keliru tajuk cerita ni yang sama dengan tajuk animasi Avatar:the last Airbender..ianya bukanlah adaptasi dari animasi tersebut.. 100% lain.. walaupun animasi ini akan dibawa ke pawagam, tetapi tidak menggunakan nama avatar sebaliknya hanya dengan nama The Last Airbender..


mengisahkan pada tahun 2154 peperangan di Pandora melibatkan manusia dan juga penduduk asli Pandora yang dikenali dengan Na'vi..Avatar adalah merujuk kepada manusia yang telah di ubah secara ginetik untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan Na'vi ni..oh yaa.. mereka berebutkn sumber yg berharga iaitu unobtanium. CGI citer ni mmg superb.. kalo tgk 3D lagi berkesan efek2 die.. cerita agak panjang tapi x membosankan.. enjoy segala yang ada kat filem ni.. persekitaran, jalan citer, sound efek.. pergghhh.. dasat..

Best Thriller/Horror Film

JENNIFER'S BODY [4.0/5.0]


Directed by: Karyn Kusama
Produced by: Daniel Dubiecki
Mason Novick
Jason Reitman
Written by: Diablo Cody
Starring: Megan Fox
Amanda Seyfried
Adam Brody
Johnny Simpsons


ahhhh.. xkeysa la korang nak cakap ape.. yang penting pada pendapat aku cerita ni memang terbaekk..(selain drp Megan Fox yg hot) jalan cerita dia memang menarik.. sekumpulan band rock membuat perjanjian dengan setan untuk jadik feymes dengan mempertaruhkan seorang virgin sebagai korban.. gadis yang dianggap virgin itu (sebenarnya tidak) akhirnya dirasuk setan dan mengganas di sekitar kolej.. adegan2 darah yang ngeri memenuhi cerita ini.. untuk dapatkan feel sila cari DVD original tang tidak dipotong yer (ade ke?) kerana di pawagam terlampau banyak aksi2 ganas (dan x seberapa ganas..hehe) di potong.. potonggg potonng potongg..

Best Animation/Cartoon Film

UP [4.0/5.0]


Directed by: Pete Docter
Produced by: Jonas Rivera
Starring: Edward Asner
Christopher Plummer
Jordan Nagai
Running time: 96 minutes


sebuah kartun yang jujur.. jln cerita yang mudah dan animasi yang bersih dan kemas.. mengisahkn seorang atuk yg ingin terbang di awan biru untuk mnunaikn cita2 dia bersama isterinya.. tetapi seorang budak pengakap yang kebetulan berada dirumahnya turut mengikuti pengembaraan atuk tadi dengan rumah belon nya.. menonjolkan karektor2 yang comel seperti russell, Dug si anjing bercakap, dan Kevin seekor burung besar yang secara tidak langsung menjadi watak yang penting dalam cerita UP ni..

Best Action/Adventure Film

G.I. Joe : The Rise Of Cobra [4.5/5.0]


Directed by: Stephen Sommers
Starring: Channing Tatum
Marlon Wayans
Rachel Nicols
Sienna Miller
Running time: 118 minutes



diadaptasi dari siri kartun yang feynes satu ketika dahulu dengan tajuk yang sama G.I Joe.. segala aksi yang ada dalam cerita ini sangat menghiburkan.. tiada satu aksi pun yang bosan.. paling best tu time duke ngn ripcord berlari mengejar kete penjenayah.. memang layan gilerr arr.. kalo ader suit camtu mmg best wooo.. so citernye macam biase org jahat beperang ngn org baik and last skali org baik menang.. hehehe..

Best Malaysian Film

PAPADOM [4.6/5.0]


Directed/Written by: Afdlin Shauki
Starring : Afdlin Shauki
Liyana Jasmay
Noorkhiriah
Que Haidar
Vanidah Imran

Lawak yang bermasej.. itu jer yang boleh di katakan tentang filem ini.. mengisahkan kehidupan bapa tunggal (xtunggal sgt laa sbb sentiasa ada antu bini dia..hehe) menjaga anak perempuan nya dari sekolah hingga ke universiti.. afdlin shauki memang terbaek laa.. lawak yang bersahaja.. paling lawak sekali pada aku ialah ketika afdlin shauki kene temuramah dengan harun salim bachik untuk post tukang kebun.. adoiiiii... lawak gilerssss.. berani aku katakan ramai gak yang menitiskan airmata tgk cerita nih.. btol x? Afdlin.. you go brooo..



THATS ALL FOLKS.
THANKS FOR READING AND COMMENT.

ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.

[ Welcome To WAYANGSTER]


free logo - http://www.sparklee.com


Halo halo.. Salam 1Malaysia kepada semua pengunjung blog WAYANGSTER ini.. kedatangan anda amat dialu2 kan. Sebarang komen dan cadangan tentang blog ini amat lah dihargai.. juga termasuk cercaan, makian, carutan dan sebagainya adalah dipersilakan..
3..2..1.. ACTION KAMEN

WAYANGSTER diwujudkan bersempena dengan kemenangan Skuad Bolasepak Malaysia pada temasya Sukan Sea yang lalu.. erk.. maaf.. salah blog.. emm WAYANGSTER diwujudkan atas dasar untuk berkongsi pandangan dan buah fikiran berkenaan dengan filem2 tempatan mahupun filem luar negara..

Semoga dengan WAYANGSTER ini kita dapat berkumpul dan bertukar pendapat dalam memantapkan lagi industri perfileman di Negara kita..

SEKIAN


ChesterChaz Web Developer

Morbi aliquam fringilla nisl. Pellentesque eleifend condimentum tellus, vel vulputate tortor malesuada sit amet. Aliquam vel vestibulum metus. Aenean ut mi aucto.